Juzuk : 1Surah : AL-BAQARAHNo. Surah : 2Ayat : 196
Profil Surah : RqrMainM new
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Ayat
Surah
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul, serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) ditempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
   
   
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
And complete the Hajj or `umra in the service of Allah. But if ye are prevented (From completing it), send an offering for sacrifice, such as ye may find, and do not shave your heads until the offering reaches the place of sacrifice. And if any of you is ill, or has an ailment in his scalp, (Necessitating shaving), (He should) in compensation either fast, or feed the poor, or offer sacrifice and when ye are in peaceful conditions (again), if any one wishes to continue the `umra on to the hajj, He must make an offering, such as he can afford, but if he cannot afford it, He should fast three days during the hajj and seven days on his return, Making ten days in all. This is for those whose household is not in (the precincts of) the Sacred Mosque. And fear Allah, and know that Allah Is strict in punishment.

Download Terjemahan
dalam Bahasa Malaysia
Download Terjemahan
dalam Bahasa Inggeris
Download Kaligrafi
M2A196E2V196k2196.jpg

:::: Best viewed with 1024x 768 resolution using IE 5.0 and above :::::
CopyrightŪ 2014. All rights reserved. The Government of Malaysia