Thu October 30, 2014

Profil Surah
Juzuk : 10 No. Surah :9 Surah:AT-TAUBAHBil. Ayat:129

MUQADDIMAH SURAH AT-TAUBAH

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah "At-Taubah" (Taubat), kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Surah ini juga dinamakan surah "Baraa'ah" (Pemutusan Tanggungjawab) yang maksudnya "Pembatalan Perjanjian" sebagaimana yang diterangkan pada bahagian awal surah ini.

Intisari Kandungannya: Menerangkan perisytiharan dari Allah dan RasulNya, yang ditujukan kepada kaum musyrik Arab, dan ditegaskan: Bahawa oleh kerana mereka telah mencabuli perjanjian dengan Rasulullah (s.a.w.), maka perjanjian itu adalah dibatalkan oleh Allah dan RasulNya, dan mereka diberi tempoh selama empat bulan, sesudah itu jika mereka tidak menerima Islam, maka mereka akan dimusnahkan dimana sahaja mereka ditemui.

Surah ini juga mendedahkan rahsia kaum munafik yang pura-pura Islam pada zahirnya, sedang mereka tetap kafir pada batinnya. Surah ini pula dari asalnya tidak dimulakan dengan: Bismillahhirrahmanirrahiim.

:::: Best viewed with 1024x 768 resolution using IE 5.0 and above :::::
CopyrightŪ 2014. All rights reserved. The Government of Malaysia